Saturday, August 1, 2009

Apa itu Linguistik??

Assalamualaikum w.b.t,

Terima kasih di atas kesudian anda kerana melawat blog yang baru sahaja saya "hidupkan".
Bercakap mengenai apa itu maksud pada perkataan Linguistik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji tentang sifat,struktur, fenomena, apa-apa sahaja benda yang berkait dengan bahasa dan bahasa tersebut juga bukanlah tertumpu kepada satu-satu bahasa sahaja malah pelbagai bahasa di dunia ini selagi bahasa itu masih wujud dan mempunyai penuturnya, maka bahasa tersebut akan dikaji.

Kini, bidang Linguistik semakin mendapat tempat di mata dunia malah orang ramai sama ada golongan profesional mahupun tidak, mereka semakin mengerti akan kepentingan bidang Linguistik dalam aspek kehidupan mereka. Malahan, isu yang berkaitan dengan bahasa iaitu Linguistik mempunyai semakin ramai jumlah penyelidik dan penyelidikan yang dibuat semakin mendapat perhatian global.

Perkembangan dunia Linguistik juga seiring dengan perkembangan dunia dan pengaplikasian bidang Linguistik dalam sistem perkomputeran juga memudahkan dan mempercepatkan sesuatu teknologi yang berkaitan dengan bahasa terus kepada rakyat dan masyarakat kerana kita tahu dunia pada masa kini adalah dunia informasi iaitu dunia IT. Justeru itu, penyebaran maklumat adalah sangat mudah dan pantas membolehkan ilmu yang ingin disampaikan dapat disampaikan kepada sasaran seterusnya dapat memberikan faedah yang diharap-harapkan kepada dunia ilmu mahupun dunia.

Semoga bidang Linguistik ini dapat merungkai pelbagai lagi persoalan yang sering diajukan oleh masyarakat dan semoga kita yang terlibat dalam bidang ini dapat memberikan jawapan kepada persoalan mereka dengan bukti-bukti yang sahih dan mantap. Sekian.

2 comments:

  1. Ni la yg dimaksudkan geli oleh Mr AJ...Haha~~~Blog formal tak hidup tapi boring je...Jgn pura2 dgn bhs tu tak ada merkah di sini

    ReplyDelete
  2. salam...boleh saya tahu berkenaan dengan kepentingan ilmu linguistik..

    ReplyDelete