Sunday, August 2, 2009

Pencemaran Bahasa yang semakin parah!

Dewasa ini, isu pencemaran bahasa amat hangat diperkatakan oleh pelbagai pihak terutamanya bagi mereka yang sangat mencintai bahasa. Pencemaran bahasa adalah satu fenomena yang telah lama wujud akibat daripada penggunaan teknologi seperti Sistem Pesanan Ringkas (SMS) melalui penggunaan telefon bimbit dan chatting di laman maya seperti internet.

Kebanjiran dan ketaksuban golongan belia dan masyarakat pada penggunaan teknologi kini semakin meluas seiring dengan perkembangan teknologi global dan negara kita iaitu Malaysia turut terkene tempiasnya juga tidak boleh lari daripada kesan baik mahupun buruk akibat lonjakan paradigma tersebut. Kesan buruk akibat daripadanya ialah wujudnya pencemaran bahasa dalam penggunaan harian masyarakat kita. Penggunaan tersebut juga tidak hanya pada bahasa basahan malah turut terbawa-bawa penggunaannya dalam laras dan gaya bahasa rasmi.
Hal ini membuktikan bahawa masyarakat kita semakin membuka peluang untuk berleluasanya masalah pencemaran bahasa tersebut.

Masyarakat khususnya belia-belia dan pelajar-pelajar yang masih bersekolah akan sedikit sebanyak memberikan impak kepada dunia pembelajaran mereka. Misalnya, ada pelajar yang turut menggunakan bahasa singkatan, simbol, istilah dan sebagainya yang tidak dibenarkan syaraynya dalam tahap pembelajaran mereka ketika menjawab dan menulis esei dalam peperiksaan. Jadi, ini akan menjejaskan permarkahan dan penilaian guru mereka kepada prestasi yang ada pada mereka. Ianya akan menganggu tumpuan mereka kerana mereka telah menjadi tidak sedar dengan apa yang mereka lakukan kerana mereka sudah terbiasa dengan tindakan tersebut dalam hidupan harian mereka.

Sesungguhnya, gejala ini memerlukan pemerhatian dari semua golongan dan lapisan masyarakat supaya ianya dapat ditangani seterusnya dapat mkengambil akan penggunaan pada keadaan dan tempat yang sesuai dengannya.

No comments:

Post a Comment